Monday 23 January 2012

moobi-news | negara kita, negara luar

"negara kita, negara luar"? agak-agak apalah lomo nak terangkan ek. negara luar, maksud lomo, negara Jepun, Amerika, Britain, Korea, Russia, dan banyak lagi negara yang maju. sekarang ni lomo tengok, kpop, jpop telah menguasai minda pemikiran remaja-remaja sekarang. lomo pun tak terkecuali lah. pengaruh korea sangat luas sehingga pakcik makcik pun sangat meminati drama-drama korea. dan ada yang sanggup mengambil kelas belajar bahasa korea kerana ingin memahami isi-isi lirik, dialog dalam drama, dan ingin bercakap bahasa korea sedangkan kita diMalaysia. ada yang sanggup mengikat perut dari membeli makanan dan minuman bagi pelajar sekolah kerana minat terhadap negara tersebut yang mendalam. sanggup membeli tiket 3 hari 2 malam untuk menikmati dan melihat dengan mata kita sendiri keindahan di negara tersebut. lomo bukan nak halang, boleh sangat apatah lagi kita menceburi bahasa-bahasa asing.

tapi pernah kah anda semua terfikir, kan bagus kalau orang britain ka, orang korea ka, orang jepun ka berminat untuk mendalami bahasa malaysia, mendengar lagu kita, menonton drama kita. topik kita sekarang bukan pasal negara, tapi rakyat. generasi kita lah yang akan memajukan negara, menaikkan nama negara. satu berita lepas mengatakan , kemajuan negara korea puratanya sama sahaja dengan kemajuan malaysia tapi kini, kemajuan mereka telah tercampak jauh dari kita dan telah mengalahkan jepun. kini, samsung, lg mendapat sambutan orang ramai. kita kini sangat ketinggalan walaupun sebenarnya kita sangat berkemampuan untuk memajukan negara ini.kita saja yang lalai melihat kemajuan negara berikut( tarian kpop & drama) , kita saja yang leka bercerita tentang jejaka tampan kelahiran korea di kelas, sanggup menghadap youtube selama berjamnya untuk menari kpop sedangkan dengan berjam-jam itu lah, kita boleh membaca buku untuk mengharumkan nama malaysia, masa depan yang cerah, ekonomi yang tidak terjejas, menghabiskan masa menonton seluruh episod ' boys over flower ' dari pagi sampai ke malam. jikalau , kita berusaha , orang yang memandang tinggi kepada kita sama macam kita memandang tinggi terhadap negara-negara tersebut. korea memang pelat bahasa inggeris, tetapi itu dulu, kini, mereka antara yang sangat fasih dalam bahasa antarabangsa itu. kerana mereka sedar, mereka ingin menjadikan negara mereka seperti jepun, amerika. dan mereka sangat pandai, mereka menarik perhatian orang ramai dengan hiburan untuk orang ramai ingin mendalami bahasa tersebut dan ,membeli barangan produk dari negara korea, seperti etude. sangat pandai. jadi, jangan lah kita hanya ingin mencontohi tarian mereka dan pelbagainya yang melalaikan. sebaliknya kita cuba mencontohi kepandaian mereka menarik perhatian dunia, kepandaian mereka, dan cuba mencipta sesuatu. jika kita asyik saja dengan hiburan sampai kita sendiri tak tergerak dan tak maju kehadapan, lama kelamaan, bukan negara lain yang memandang rendah terhadap kita malah orang korea pun memandang serong terhadap kita dan negara kita lingkup jadi macam negara yang tidak punya wawasan. lomoo yakin rakyat malaysia boleh! kerana belajar bahasa korea bukannya senang, dan dapat memahami pelbagai bahasa bermakna yang generasi kita sangat membanggakan dan boleh capai dari apa yang kita impikan. para motivasi mengatakan, belajar berjalan dan belajar bahasa asing ialah perkara yang paling susah. jadi, tak tersebut yang belajar sejarah, sains, math sangat susah sehingga putus asa untuk mendalami subjek tersebut. ingat, majukan negara. lomoo nak sangat tengok negara kita pecah rekod mempunyai bangunan yang sangat cantik dan unik hingga menarik perhatian pelancong( arkitek) , mengeluarkan kereta buatan malaysia ( perodua , proton bukan buatan malaysia, hanya dijenamakan) , mencipta barangan baru( seperti ipad, iphone , plasma) , nicol david, lee chong wei , harimau muda telah mengharumkan nama malaysia, mereka sangat bangga kerana dapat membanggakan malaysia. kamu bila lagi?

tapi agaknya bila akan terjadi yang lomo nak tengok tu?sebenarnya, secepat mungkin pun boleh, tapi bergantung kepada generasi muda yang sedar atau tidak. budak kelas hujung pun boleh memperolehi 8A dalam pmr, kenapa?? kerana dia mempunyai kesedaran dan mahu memajukan negara. alangkah bagus generasi muda dan sekolah kita seperti sekolah dan budak di jepun. sekolah di jepun, sapa yang gagal, ulang balik! haha, itu sebenarnya yang buat negara mereka maju, kerana mereka dipaksa dan akhirnya, minat belajar mereka sangat mendalam. lomo nak macam tu! lomo bukan nak bandingkan tapi cubalah kamu semua renungkan. lomo harap adalah kementerian pelajaran malaysia nak baca ni. lomo yakin kamu semua boleh, kalau tak boleh , kamu semua tak boleh nak buat facebook, sebab tak faham nak buatnya, kamu semua tak boleh nak faham bahasa korea, tak boleh nak main game sebab tak faham. itu bergantung kepada minat seseorang kerana korang minat korea lah, korang berhempas pulas nak menghafal lirik korea, belajar bahasanya. kalau tak minat math, tak payah buat math. sedarlah wahai generasi muda. kamu boleh ! lomo pun generasi muda. sama-sama lah kita berjuang. jangan beri pemikiran dijajah pula. setakat dengar dan menonton drama korea sekadar hobi boleh.jangan lah sebagai rutin harian . -lomoonakmalaysiamaju-

*kalau nak maju, otak kena ready. sedar dan berjuang habisan. baru korea pandang sampai terdongak kat malaysia.






No comments:

Post a Comment